Pelakon Oktovia Manrose meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk bertemu dengan pendakwah, Ustazah Asma Harun menerusi sebuah majlis kecil.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Oktovia berkata sebelum ini dia pernah memasang niat untuk hadir dan mendengar ceramah Ustazah Asma’ secara langsung, kini permintaannya itu dikabulkan.
“Alhamdulillah rasa bersyukur atas pertemuan baru-baru ini di majlis maulid akhbar yang dianjurkan @ustazahasmaharun. Jemputan last minute tapi Allah permudahkan.
“Majlis yang sangat mengesankan kepada semua yang hadir. MasyaAllah, Ustazah sangat baik, sangat humble, semoga menjadi asbab saya kekal istiqomah. Tariklah saya dan kami semua ke syurga Allah, ustazah,” katanya.
Menerusi sebuah perkongsian lain, Oktovia turut memuji keperibadian Ustazah Asma’ yang tampak tegas diluar namun sebenarnya beliau adalah seorang individu yang berhati lembut.
“MasyaAllah. Tak boleh move on dengan pertemuan ini. Pernah pasang niat , bestnya kalau dapat dengar ceramah dan jumpa ustazah depan2 ni. Alhamdulillah Allah kabulkan. Tabarakallah.
View this post on Instagram
“Macam yang kita nampak, ustazah ni seorang yang serious, tegas. Tapi dalam seriousnya sebenarnya kuat bergurau, lagi lagi dengan cik suaminya. Sangat sweet. Kelakar. Macam dalam gambar ni dengan suami2 kita sekali kena buli dengan ustazah,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, penghijrahan Oktovia itu mendapat respons positif daripada kalangan pengikutnya di Instagram dimana rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat perubahan Oktovia yang merupakan sepupu kepada selebriti, Nelydia Senrose.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Xtra
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.