“Maria Farida Tua Dari DSV Tapi Kalah Anak Dara”

Sebut saja nama Datin Seri Maria Farida, sememangnya ramai mengagumi kecantikan pelakon itu yang tetap nampak muda meskipun sudah berusia.

Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan aktres tersebut bersama usahawan kosmetik kontroversi, Dato’ Seri Vida sedang menari sambil ‘memperagakan’ rantai emas dipakainya.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai penampial Maria Farida yang kekal awet muda meskipun sudah berstatus nenek.

Dalam pada itu, diruangan komen ada yang mengatakan Maria dilihat lebih muda berbanding Vida meskipun aktres itu lebih berusia.

Malah, ada yang memuji Maria sememangnya memiliki kecantikan semula jadi dimana ada yang mengatakan aktres itu tetap cantik walaupun tanpa mekap.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji Vida yang dilihat sedikit kurus jika dibandingkan sebelum ini dan tetap meletop.

Terdahulu, Maria mengatakan dia tidak pernah melakukan rawatan pada wajah sedangkan dia takut dengan jarum suntikan.

Kata Maria lagi, setiap wanita mampu memiliki kecantikan semula jadi tanpa melakukan rawatan yang membahayakan.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *