Neelofa Tak Mahu Tampil Berdua Dengan Artis Lelaki Dalam Program TV

Selebriti popular, Neelofa berkata selepas bergelar isteri dia lebih selesa menjayakan program televisyen bersama rakan artis wanita berbanding lelaki.

Memetik mStar Online, Neelofa berkata perkara tersebut bukan syarat diletakkan oleh suaminya Haris Ismail tetapi ianya adalah kemahuannya sendiri.

“Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka televisyen nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai. Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja berstatuskan isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan selebriti lelaki jika ada individu lain yang turut diundang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)

“Jadi kalau ada tetamu lelaki sekali pun, mungkin bukan dua orang tetapi beberapa orang yang ada lelaki dan perempuan, itu saya okay. Saya ambil kira apa yang dipaparkan, apa yang dipertontonkan,” katanya.

Sementara itu, Neelofa menjelaskan dia membuat keputusan sedemikian bukan kerana mahu mengelak kata-kata netizen tetapi mahu menjaga maruah suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami saya. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga.

“Saya dengan tenang hati buat benda itu sebab saya rasa itu adalah benda yang baik. Buat apa kita nak jadikan benda itu sebagai syarat. Mana-mana isteri lain pun boleh pertimbangkan benda itu,” kongsinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.rotikaya.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *