Memiliki Kekayaan Yg Tk Disangka!, Kenali Madhuri Dixit Yg Beli Kondo Mewah RM27 Juta, Siap Ada Taman 5 Ekar! – “Wowww, Kaya betull..”

Terpukau melihat hartanah milik kelas atasan. Dibina khusus untuk golongan kayangan, luas dan serba lengkap untuk keselesaan gaya hidup mereka. Terbaharu, aktres terkenal Bollywood – Madhuri Dixit-Nene – dikhabarkan baru saja membeli sebuah kondomonium mewah di selatan Mumbai, lengkap pemandangan Laut Arab dan bernilai Rs 48 crore (RM27,134,400).

Berusia 55 tahun, isteri kepada Shriram Madhav Nene dan ibu kepada dua anak lelaki itu kini sibuk dengan projek filem terbaharu, Maja Ma.

Semenjak berkecimpung dalam dunia Bollywood pada tahun 1984, Madhuri Dixit sangat terkenal dengan kecantikan dan kemahiran menari. Beliau juga aktif dengan badan NGO UNICEF bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan kecil tersebut.

Madhuri Dixit Beli Kondo Mewah RM27 Juta, Siap Ada Taman 5 Ekar & 7 Parking Supercars!

Madhuri Dixit Beli Kondo Mewah RM27 Juta, Siap Ada Taman 5 Ekar & 7 Parking Supercars!

Madhuri Dixit Beli Kondo Mewah RM27 Juta, Siap Ada Taman 5 Ekar & 7 Parking Supercars!

Bintang filem utama Devdas dan Dil To Pagal Hai ini juga merupakan pemilik kepada beberapa kereta mewah. Antara koleksi miliknya adalah Mercedes Maybach S560, Mercedes S-Class 450S, Range Rover Vogue dan Mercedes GLS 350D 4Matic.

Dengan nilai kekayaan mencecah Rs 250 crore, pembelian kediaman terbaharu Madhuri Dixit ini nyata tidak menghairankan peminatnya. Menurut pendedahan zapkey.com, hartanah yang terletak di Worli, Mumbai ini telah ditempah pada 8 September lepas.

Terletak di aras 53, kondominium beliau mempunyai keluasan 5,384 kaki persegi serta dilengkapi dengan tujuh ruang parkir. Wow, luasnya!

Madhuri Dixit Beli Kondo Mewah RM27 Juta, Siap Ada Taman 5 Ekar & 7 Parking Supercars!

Madhuri Dixit Beli Kondo Mewah RM27 Juta, Siap Ada Taman 5 Ekar & 7 Parking Supercars!

Madhuri Dixit Beli Kondo Mewah RM27 Juta, Siap Ada Taman 5 Ekar & 7 Parking Supercars!

Madhuri Dixit Beli Kondo Mewah RM27 Juta, Siap Ada Taman 5 Ekar & 7 Parking Supercars!

Projek yang dimajukan oleh Indiabulls Blu itu merupakan antara kondominium yang tertinggi di Mumbai. Ia dibina di kawasan seluas 10 ekar dan dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur menarik.

Antaranya padang bola sepak, gelanggang skuasy, tenis dan badminton, perpustakaan, bilik yoga, gimnasium, spa serta kolam renang yang indah.

Malah bayangkan kompleks kondominium itu turut dikelilingi taman seluas lima ekar dengan tugu dan arca yang dihasilkan oleh seniman terkemuka dunia!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: NONA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *