Ustaz Azhar Idrus Ulas Mengenai Individu Dakwa Keturunan Nabi Muhammad SAW

Baru-baru ini tular mengenai seorang individu dari Maghribi yang mendakwa dirinya dari salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW. Individu tersebut juga mengakui dia adalah cicit yang ke-38 dari salasilah tersebut.

Kedatangan individu tersebut ke Malaysia menerima pelbagai reaksi ramai. Dari yang terlalu obses hinggalah ada juga yang meragui kesahihan dakwaan tersebut.

Susulan itu, Ustaz Azhar Idrus tampil mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu. Dalam satu rakaman, Ustaz Azhar Idrus ulas mengenai individu dakwa keturunan Nabi Muhammad SAW berkenaan.

Berikut adalah ulasan tokoh agamawan dihormati ramai yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok dengan nama muhammad.ikram997:

Dalam rakaman tersebut kedengaran Ustaz Azhar Idrus ulas mengenai individu terbabit. Menurut Ustaz Azhar Idrus, individu itu datang ke Malaysia dengan cara yang betul dan hanya dijemput memeriahkan majlis di sekitar negara sempena sambutan Maulidur Rasul.

Jadi tiada sebarang isu dan tambah Ustaz Azhar Idrus lagi, perkara sebegini harusnya diserahkan kepada pihak dan badan sepatutnya untuk mengenal pasti mengenai kesahihan dakwaan tersebut. Rakaman yang diambil dari salah satu ceramah Ustaz Azhar Idrus di sebuah masjid tersebut telah meraih perhatian ramai.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Ustaz Azhar Idrus ini mengulas mengenai isu yang sedang hangat itu. Berikut antara komen ramai:

“Puas hati dengar bila Ustaz Azhar Idrus cakap macam tu.. Setuju kata dia…”

Screenshot at Oct 13 15-37-46

“Tengok macam mana orang berilmu beri penjelasan..Rasa senang hati je dengar”

Screenshot at Oct 13 15-37-31

“Itu beza orang berakal berfikir dan orang tak berakal berfikir”

Screenshot at Oct 13 15-37-11

“Ini baru betul, cukup sekadar hormat, tak perlu caci tak perlu taksub..”

Screenshot at Oct 13 15-36-47

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *