“Edit muka anαk saya sampai jadi bukαn rupa dia..” – Neelofa

KETERUJAAN netizen untuk melihat wajah anak pasangan selebriti Noor Neelofa dan Muhammad Haris Ismail nampaknya sudah tidak terkawal lagi.

Terbaharu, Neelofa, 33, meluahkan rasa kec3wa apabila ada pihak tergamak melakukan suntingan terhadap wajah anaknya iaitu Muhammad Bilal.

Lebih membuatkan Neelofa kesal apabila foto edit itu menerima pelbagai komen neg4tif daripada netizen.

Neelofa kecewa wajah anak diedit tanpa izin.

“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas itu sebar gambar yang edit f4ke tu… dan macam-macam orang komen jah4t pada anak saya. Dah puas hati?

“Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” katanya.

Neelofa meluahkan rasa sedih tersebut menerusi Instastory miliknya pada Rabu.

Dalam perkongsian tersebut, Neelofa juga menegur sikap individu berkenaan yang melakukan perkara tersebut semata-mata mahu memuaskan hati.

“Jangan kita mel4mpau dalam buat sesuatu perkara… mengubah atau edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati.

“Benda ini dah timbulkan macam-macam fitn4h dan kata-kata yang tidak baik,” katanya lagi.

Macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati?

NEELOFA

PENGACARA/USAHAWAN

Dia juga meminta agar netizen menjaga perasaannya sebagai ibu yang bersusah payah mengandungkan anaknya.

“Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa,” tambahnya.

Neelofa minta netizen horm4ti perasaannya sebagai ibu.

Terdahulu, Neelofa memaklumkan bahawa dia tidak akan menyorokan wajah anaknya apabila berada di luar.

Namun sikap segelintir individu yang merakam atau menyebarkan foto Bilal tanpa izin seakan tidak menghorm4ti dirinya.

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *