“Bkan sikit2 duit Cheq oii..”- Che Ta Bersyukur Ank Berjaya, Tapi Penampilan Dtg Konvo Tarik Perhatian Ramai!

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya, Aniq Ezra berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda dalam sebuah majlis konvokesyen.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, walaupun perlu melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk pembayaran yuran anaknya yang melanjutkan pengajian di universiti swasta Taylor’s University, semuanya cukup berbaloi.

 

“Berbaloi la mak hang berke.pak cari duit nak bayar fees Taylor’s University. Bukan sikit-sikit duit cheq oii.

“Tapi syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT double degree dalam tangan.

“Dear Aniq Ezra, I hope you will continue working hard to make yourself a completely successful man,” tulisnya di ruangan kapsyen.

  

Dalam pada itu, Che Ta turut menitipkan pesan buat Aniq sentiasa menjaga agama, moral dan solat yang difahamkan sudah terbang ke Australia untuk bercuti.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya dan rakan selebriti turut sama memberikan ucapan tahniah buat anak Che Ta yang memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Bukan itu sahaja, penampilan Che Ta yang mengenakan jaket oren terang ke majlis graduasi anaknya juga mendapat pujian pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Syukur alhamdulillah, tahniah ibu dan anak. Macam kakak dan adik dah ni, wow sangat Che Ta!” komen seorang wargamaya.

“Mak pun segak kemain macam pegi tengok adik konvo,” puji seorang wargamaya.

“Amboi outfit Che Ta. Terpelanting Naib Canselor,” usik seorang wargamaya.

“Tahniah anak Che Ta semua pandai-pandai,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 125 komen daripada pengikutnya.

Sekadar info, Che Ta, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia lapan tahun.

Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://viral25news.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *