Pak Nil Puji Kak Lina Pompom Jadi Pengacara Bertenaga Dan Menghiburkan, Ramai Setuju!

Kemunculan Elly Mazlein atau nama popularnya kini, Kak Lina Pompom menjadi bualan hangat ramai. Kak Lina Pompom yang berganding bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara dalam rancangan Gegar Vaganza telah berjaya menjadi buah mulut ramai.

Gaya pengacaraan yang penuh bertenaga dan bersemangat dari awal konsert hinggalah ke penghujungnya telah membuatkan ramai mula membuka mata akan bakat yang ada pada anak seni bernama Elly Mazlein ini. Boleh dikatakan setiap minggu peminat akan tertunggu-tunggu kehadirannya dalam rancangan berkenaan.

Malah baru-baru ini pengacara ‘otai’, Datuk Aznil Haji Nawawi turut mengulas mengenai cara Kak Lina mengacara pentas besar seperti Gegar Vaganza itu. Dalam rakaman yang dikongsikan itu, sudah tentunya Pak Nil puji Kak Lina Pompom mengacara dengan cara penuh menghiburkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SaraAzlan (@iamellymazlein)

Berikut adalah perkongsian penuh mengenai rakaman ulasan Pak Nil tentang bakat Kak Lina Pompom yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun marbellanne:

Menurut Pak Nil, Elly Mazlein ini adalah seorang yang mewarnakan pentas. Malah Kak Lina yang agak agresif ketika di pentas Gegar Vaganza dapat memberikan kelainan dan ia sangat susah untuk dicari.

Selain dari itu, Pak Nil sempat menitipkan nasihat supaya jangan takut dengan perbandingan orang. Ini kerana ada yang membandingkan Kak Lina dengan pengacara sebelumnya, Jihan Muse.

Apa-apa pun Pak Nil puji Kak Lina Pompom mengacarakan Gegar Vaganza. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Yes memang setiap minggu tunggu peel Kak Lina Pompom. Perangai tak boleh bawak bincang”

Screenshot at Oct 04 13-21-00

“Betul dia best. Kelakar tak habis ketawa”

Screenshot at Oct 04 13-20-39

“Kak Lina buat GV9 ni lebih meriah dari yang sebelumnya…Syabas Kak Lina Pompom”

Screenshot at Oct 04 13-20-17

“Saya suka Kak Lina jadi macam tu..Tak pernah2 tengok GV tetiba aku tertunggu…”

Screenshot at Oct 04 13-19-45

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

“Org Selalu Nmpk Akak Gelak, Tpi..”- Noorkhiriah Luah Rasa Sebαk Ziarah Pusαra Arwαh Bapa, ‘Rindu Paling Sαkit’

Pelakon, Noorkhiriah menerusi hantaran di Instagram meluahkan ras.a se.bak ketika menzi.ara.hi pus.ara ar.wa.h bapanya, Allah.yarham Ahmad Shapie …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *