“Kaburkan Mata Saya Kepada Wanita Lain…” – Nabil Ahmad Buat Kejutan Pada Isteri Di Pentas GV9, Ucapan Romantis Raih Perhatian

Pengacara Nabil Ahmad membuat kejutan di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dengan mengajak isterinya Nazirah Ayup ke atas pentas untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada malam Ahad.

Isteri Nabil kelihatan sangat terharu dan seb4k dengan kejutan tersebut yang turut diserikan dengan sebiji kek tiga tingkat di atas pentas.

Nabil turut memberi ucapan romantis dengan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sanggup bertahan serta bersabar menjadi seorang ibu kepada tiga orang anak perempuan mereka

“Malam istimewa, selepas 11 tahun melayari perkahwinan bersama seorang wanita bernama Nazirah Ayup, hari ini saya nak ajak dia ke pentas. Tak sempat nak buat majlis anniversary, hari ni ramai penyanyi, kek pun ditaja.

“Bukankah hari ni anniversary terindah. Terima kasih sayang sebab sudi bertahan dan bersabar. Menjadi ibu kepada tiga orang anak bukan mudah. Saya nak minta semua yang menonton, doakan kebahagian kami,” kata Nabil.

Nabil yang juga seorang pelawak itu juga berharap dia mampu menjadi seorang suami yang sentiasa setia bersama isterinya sehingga hujung nyawa.

Video:

“Jadikan saya seorang suami yang istiqamah. Kaburkan mata saya kepada wanita lain. Jadikan wanita ni terindah buat saya. Saya sayang awak sehingga tiba masa Allah pisahkan kita,” kata Nabil.

Untuk info, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayup pada 30 September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna serta Mishall Imani.

Komen netizen:

 

Sumber: gempak.com

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *