Gelagat pelakon Shukri Yahaya membantu isterinya, Tya Adnan menjual tudung menjadi tumpuan peminatnya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok @faiznurzin, Shukri yang kelihatan kasar pada awalnya terus berubah menjadi lelaki lembut setelah ditegur Tya untuk mempromosikan tudung yang dijualnya dengan betul.
“Jangan g4ngster sangat sayang. You tengah jual,” kata Tya.
Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari peminatnya yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan itu.
Video:
Untuk info, Tya yang sebelum ini juga merupakan seorang pelakon sambilan mendirikan rumah tangga dengan Shukri, 33, pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Komen netizen:
Sumber: xtra.com.my