Sebelum ini selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu.
Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami, dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” kata pasangan ini pada Isnin.
Terbaru menerusi laman instagram, pasangan merpati dua sejoli tersebut kini mendedahkan wajah anak mereka, sambil menitipkan doa supaya membesar menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,” tulis Wan Emir di ruangan kapsyen.

View this post on Instagram
Perkongsian tersebut menerima 111k tanda suka dan menarik perhatian rakan artis dan netizen yang rata-rata memuji wajah comel Wan Khair Amir serta mendoakan kesejahteraan buatnya.
View this post on Instagram
Komen netizen:
Sumber: instagram wanemirastar dan diolah oleh Padu Gila