“Izinkan Saya…,” – Jihan Muse, Ungku Haris Perkenalkan Anak Kedua

Pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse, 39, akhirnya berkongsi wajah anak keduanya iaitu bayi lelaki dinamakan Ungku Altamis Barr yang dilahirkan pada 6 September lalu.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa memperkenalkan bayinya secara rasmi menerusi hantaran foto Ungku Altamis Barr bersama suami, Ungku Hariz Faizal.

“Kalian, izinkan saya memperkenal hero kedua kami iaitu Ungku Altamis Barr Bin Ungku Hariz Faizal,” tulisnya.

Perkongsian itu dihujani doa dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis yang tumpang gembira. Antaranya Fara Fauzana, Farah Diana dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan pengikutnya juga mendoakan tempoh berpantang Jihan akan dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Pada 8 September lalu, beberapa rakan terdekatnya berkongsi Jihan selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Sebelum ini dia mendedahkan hanya tahu dirinya berbadan dua selepas melakukan ujian calitan C0vldl9 sebagai prosedur menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.

Jihan mendirikan rumah tangga dengan Ungku Hariz yang juga pelakon pada 20 Mac 2016. Mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Komen netizen:

 

Sumber: hmetro.com.my

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *