Nama usahawan dan selebriti popular, Neelofa menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas satu muat naik memaparkan dirinya di majlis pelancaran jenama terkenal, Lancome mendapat perhatian ramai kerana imej Neelofa yang dipuji kerana bertutup dan sangat sopan.
Menerusi satu muat naik video, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor berusia 33 tahun ini dilihat seperti biasa mengayakan busana yang sangat rare dan menarik apabila menghadiri pelbagai jenis majlis namun nampaknya majlis jenama terkenal ini mengundang Neelofa begitu mendapat perhatian ramai.
Muat naik dikongsikan EhMalaysia dalam rakaman berdurasi 11 saat sudah memadai membuatkan ramai netizen sangat tertarik dengan aura Neelofa di majlis jenama terkenal itu apabila disampingnya juga terdapat pelakon dan model, Daiyan Trisha.
Kebanyakan netizen menonton rakaman video Neelofa di majlis jenama terkenal ini tidak sekadar tertarik dengan kecantikannya malah imej selebriti jelita ini mendapat pujian melambung warganet.
Neelofa yang dikatakan dalam akaun ehmalaysia hadir bagi memeriahkan pelancaran Lancome Idole itu membuatkan penampilannya dalam muat naik rakaman video tersebut begitu mencuri tumpuan ramai dan rata-rata netizen kagum dengan imejnya yang bertutup dan sopan dimana tidak menghalang untuk dirinya terus berfesyen sekali gus meraih perhatian ramai.
“Walaupun bertutup…”
“Tertutup pun paling menawan”
“Hebat Lofa…”
“Tak nampak muka pun still Lofa paling vouge kat situ”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sumber:HCL