Peniaga Kec3wa Pelanggan Mervngut Nasi Lemak Daging RM5 Dikatakan Mahal

Ramai yang terk3san dengan kenaikan harga barang sekarang ini terutamanya barangan mentah yang digunakan untuk memasak. Apatah lagi para peniaga yang menjadi antara golongan yang paling terkesan di mana harga jualan mereka juga terpaksa dinaikkan sekali.

Namun ada juga peniaga yang masih mengekalkan harga yang murah untuk tidak membiarkan pelanggan ‘lari’ membeli dari peniaga lain. Baru-baru ini pula, seorang peniaga meluahkan rasa kec3wa apabila ada segelintir pelanggannya yang merungut dengan harga jualan nasi lemaknya.

Menurutnya, pelanggan tersebut merungut dengan harga nasi lemak daging yang dijual pada harga RM5. Peniaga itu kemudiannya menunjukkan perbandingan di antara nasi lemak daging yang dijualnya dengan peniaga lain.

Tambahnya, walaupun peniaga tersebut menjual nasi lemak itu pada harga RM3 namun ‘portion’ daging yang digunakan tidak sama seperti yang dijualnya. Malah turut dapat dilihat perbezaan yang ketara di mana nasi lemak yang dijualnya mempunyai ‘portion’ daging yang lebih banyak dan berbaloi.

“Atok boleh jual RM3 tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengahari.”

Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang membandingkan harga nasi lemak daging yang dijualnya itu sebagai mahal. Sedangkan dia memberikan ‘portion’ lauk daging dengan lebih banyak berbanding peniaga lain yang dikatakan itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersetuju harga yang diletakkan peniaga ini sememangnya murah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang ini. Malah harga yang dikenakan juga setanding dengan hidangan yang dijual kepada para pelanggan.

“RM5 tu murah gila. Tempat saya banyak tu RM7,8 kompem telur kacang ikan bilis lagi hmm…”

peniaga

“5 ringgit pun mahal, duk rumah masak sendiri lah free.”

nasi lemak

“Yang dok kata mahal tu mesti depa tak biasa pergi market beli barang basah…”

komen

“Bagi saya seorang rakyat marhaen ni, itu harga yang berbaloi untuk zaman sekarang dengan currency duit yang makin jatuh dan barang makin naik.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *