Penyanyi Adira Suhaimi berkongsi khabar gembira selamat melahirkan b4yi lelaki di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh pada Khamis.
Memaklumkan perkara tersebut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 31, berkata, bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat dilahirkan secara pembed4han.
“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembed4han yang dijalani tengahari tadi.
“Saya dan b4yi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.
Adira sebelum itu turut berkongsi gambar bayi keempatnya itu menerusi satu hantaran di media sosial.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4 dan Anggun yang kini berusia 3 tahun.
Komen netizen:
Sumber: mstar.com.my