Gelaran Datuk Seri Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu?

Tiada angin tiada ribut, tular di media sosial mengenai perkongsian oleh seorang pengguna yang membuat pendedahan tentang suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Menerusi perkongsian berani itu, individu tersebut mendakwa suami Heliza menggunakan gelaran Datuk Seri palsu. Difahamkan, gelaran palsu itu bermaksud gelaran yang dibeli dan bukan dianugerahkan dari mana-mana istana.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka terkejut dan bersimpati dengan Heliza yang tertipu.

Tidak kurang juga, ada yang menjadikan pasangan itu bahan ketawa kerana suka menayang kemewahan dan ada yang menggelar mereka sebagai penunggang agama.

Malah, ada seorang individu mengaku bekerja di bawah suami Heliza mendakwa dia sudah lama tahu tentang perkara tersebut. Dalam pada itu, ada yang mendakwa gelaran sahaja palsu tetapi perniagaan yang dijalankan adalah ‘legal’.

Meskipun perkara itu sedang hangat diperkatakan, setakat ini masih tiada penjelasan daripada Heliza dan Mahadi mengenai dakwaan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.rotikaya.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Tudung Sauk Nampak Mahal Dan Cantik”- Ummi Nazeera selamba pakai tudung ‘sauk’ tarik perhatian ramai

Nama pelakon, Ummi Nazeera sering menjadi sorotan ramai di media sosial kerana apabila dia berlakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *