Di TikTok, ramai pengguna mengakui sudah lama tidak menonton drama Melayu. Melihat klip video lakonan Puteri Balqis yang ‘savage’ dalam drama terbaru membuat mereka tercari-cari drama bersiri Rampas Cintaku.
Sering membawa watak meruntun jiwa, Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish kini membuat sedikit kelainan pada watak dibawanya.
Malah, ada yang menyamakan gaya lakonannya sama seperti Janna Nick sehingga memberinya julukan ‘Janna Nick Junior’.
Ada juga menggelarnya sebagai ‘Mini Nabila Huda’. Manakala seorang lagi pengguna mendakwa lakonannya sama seperti Zahirah MacWilson, ya ke?
Dalam masa sama, ramai kagum dengan pembawakan karakter Aqish sebagai Rina. Bercakap dengan suara lembut, namun ayatnya menusuk ke kalbu!
Kredit foto: TikTok
Memetik Xtra, drama 14 episode, Rampas Cintaku yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Aidil Aziz ini disiarkan secara online di plagform iQIYI.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: – CARI
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.