[VIDEO] Achey Minta Bantuan Ramai, Barangan Peribadi ‘Lesap’

Pelawak Achey memberitahu tempat simpanan di atas keretanya dipecah dan memohon kepada sesiapa yang mengambil barang peribadi miliknya untuk memulangkan semula.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, kejadian tersebut berlaku semasa perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur dan menyedari hal itu semasa tiba di Behrang, Perak.

“Semalam (Isnin) ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tong tempat simpanan ini pecah dan terbuka. Kosong terus barang-barang di dalamnya. Mungkin terbang ketika kereta sedang bergerak.

“Sampai di kawasan Behrang, baru saya tersedar… kalau ada yang terjumpa boleh hubungi saya di Instagram. Saya minta jasa baik orang ramai,” katanya.

Video:

Menurut Achey, selain beg pakaian dan kasut, terdapat beberapa dokumen penting turut hilang ak1bat kejadian tersebut.

“Dalam ini (tempat simpanan) ada kasut, beg pakaian dan dokumen. Beg baju pun boleh terbang rasanya. Cuma yang Penting adalah dokumen dalam plastik berwarna hijau yang saya letakkan di situ.

“Banyak barang berharga yang hilang,” ujarnya.

Selain itu, Achey juga tidak menafikan kemungkinan barang-barang tersebut terjatuh disebabkan pemanduannya yang agak laju ketika itu.

Komen netizen:

  

Sumber: xtra.com.my

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *