Usahawan, model dan bintang media sosial, Syafiqah Aina ini sememangnya memiliki barisan pengikutnya tersendiri. Wanita yang turut menjadi idola ramai ini juga sering mencuri tumpuan ramai di sosial media dengan perkongsian pelbagai video oleh suaminya, Hafiz Mahamad.
Bukan sahaja berkongsikan hal berkenaan perniagaan mereka malah kisah yang memberikan inspirasi. Baru-baru ini satu perkongsian dengan rakaman yang dimuat naik oleh Syafiqah Aina lepas pantang telah menjadi bualan ramai.
Dalam rakaman tersebut Syafiqah Aina menulis, ‘selepas 9 bulan mengandung dan 44 hari berpantang serta uruskan anak, kini adalah masa untuk kembali’.
Malah Syafiqah Aina turut memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana supaya menjadi berdikari dan mampu uruskan anak sambil mengejar impian. Berikut adalah perkongsian video Syafiqah Aina lepas pantang ini:
Perkongsian video ini telah memaparkan transformasi usahawan idola ramai dari dalam pantang dan kini tampil lebih berkeyakinan. Perubahan Syafiqah Aina ini telah membuatkan ramai teruja dengan kecantikannya.
Apatah lagi penampilan Syafiqah Aina nampak tidak berubah dari gayanya ketika beberapa tahun sebelumnya. Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji, teruja dan cemburu dengan kecantikan Syafiqah Aina ini. Berikut antara yang diluahkan netizen dan ditinggalkan di ruangan tersebut:
View this post on Instagram
“Sumpah cantik gila akak bila tengok depan2”
“Bagus akak Aina jaga penampilan lepas mengandung. Baru lah nampak berseri”
“First kena ada duit, second kena ada perfect husband. Third kena ada bibik. Baru la ada masa nak melawa dan kurag stress huhuhu”
“Ya Allah cantik betul isteri Hafiz Mahamad ni”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Sumber:HCL