“Lebih Baik Tidak Perlu…,” – [VIDEO] Najwa Latif Ded4h Sebab Taknak Masuk Pertandingan Nyanyian

Penyanyi Najwa Latif mengakui tidak akan menyertai sebarang pertandingan nyanyian kerana sedar dengan kemampuan sendiri.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 27, selain tahap vokalnya, dia juga melihat dirinya tidak mempunyai pakej lengkap seperti peserta yang menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

“Saya pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besra untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan.

“Saya sedar suara average (biasa) dan pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain,” katanya.

Tambah pelantun lagu Cinta Muka Buku itu, kalah daripada aspek penampilan ialah mengenai rupa paras dan caranya bersosial dengan individu lain.

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat.

“Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” ujarnya.

Video:

Dia berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pengikut Instagramnya yang mempersoalkan bila akan menyertai program Gegar Vaganza (GV).

“Najwa bila nak masuk GV?” tanya seorang netizen.

Untuk info, Najwa pernah meledak menerusi lagu Carta Hati dan Sahabat. Dia juga pernah dilabelkan sebagai pelopor Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU).

Komen netizen:

   

Sumber: kosmo.com.my

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *