Digelar ‘Vampire’ Dek Muka Awet Muda, Sarimah Ibrahim Kongsi Tips Penjagaan Diri

Kemunculan pengacara Sarimah Ibrahim di minggu kedua rancangan Gegar Vaganza baru-baru ini telah menjadi bualan ramai di media sosial. Selepas beberapa ketika tidak melihatnya di kaca televisyen, kemunculan mengejut pengacara terkenal itu menerima pujian ramai di atas penampilannya yang kekal awet muda itu.

Bukan sahaja telah menggegarkan pentas dengan nyanyian dan pengacaraannya, Sarimah Ibrahim memukau ramai penonton apabila dia seolah-olah tidak dimamah usia walaupun kini sudah berusia 42 tahun. Sehinggakan ada warganet yang menggelarkan wanita itu sebagai ‘vampire’ kerana berjaya kekal muda sehingga kini.

Malah Sarimah juga turut terpanggil untuk menafikan dakwaan menggelarkan dirinya sebagai ‘vampire’ dan mengakui dia bukanlah seorang yang suka melihat darah. Hantaran yang dimuat naik di Twitter itu kemudian menarik perhatian netizen yang sempat bertanyakan tentang rahsia kecantikannya dalam mengekalkan penampilannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sarimahibrahim

Di atas permintaan ramai, Sarimah turut berkongsikan rutin penjagaan dirinya yang menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen. Menurutnya, dia mengamalkan minum air sebanyak dua liter dan juga mengambil secawan oatmilk latte sebelum melakukan senaman kardio. Tambahnya lagi, dia akan melakukan senaman kardio secara ‘kaw-kaw’ selama 40 minit.

Selain itu, dia juga akan memastikan dia mendapat tidur yang cukup selama tujuh jam, solat dan selalu membuat senaman pernafasan dari bawah perut. Dia juga menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan foundation di muka pada kebanyakan hari dan pastikan untuk mencuci muka sebelum tidur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sarimahibrahim

Perkongsiannya itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berterima kasih dengan tips yang dikongsikan itu. Malah ada juga yang berminat untuk mengikuti rutin yang dikongsikan itu bagi mengekalkan penampilan awet muda seperti pengacara tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

“Tudung Sauk Nampak Mahal Dan Cantik”- Ummi Nazeera selamba pakai tudung ‘sauk’ tarik perhatian ramai

Nama pelakon, Ummi Nazeera sering menjadi sorotan ramai di media sosial kerana apabila dia berlakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *