Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, ramai yang meminatinya sebagai seorang pelawak di dunia lawak tanah air. Suami kepada pelakon, Sari Yanti ini juga semakin hari membuatkan ramai suka dengan sikapnya yang sentiasa humble.
Mana tidaknya, bukan terhadap peminat sahaja Jep Sepahtu sporting malah dengan rakan-rakan selebriti junior mahupun senior, Jep Sepahtu sering dilihat membantu mereka yang sekali gus menjadikan dia sentiasa menjadi pelawak kegemaran ramai. Sikap baik Jep Sepahtu yang seiring dengan bakatnya sebagai anak seni membuatkan dia juga sentiasa menjadi perhatian.
Baru-baru ini pula satu muat naik yang memaparkan sikap baik Jep Sepahtu viral lagi apabila seorang penonton di rancangan Sepahtu Reunion Live 2022 sempat menangkap satu momen disebalik tabir rancangan tersebut yang membuatkan peminat juga merasa terharu dengan pelawak serba boleh ini.
Jep Sepahtu dalam satu rakaman video ini menunjukkan dia telah menolong Ebby Yus yang ketika ini sedang menyanyi. Kegigihannya membuatkan penyampai radio Sinar FM ini dipuji sebagai lelaki baik.
Perkongsian salwajaffri itu nampaknya tidak sekadar video tersebut ditonton lebih 200,000 kali oleh penonton malah ratusan reaksi positif warganet membanjiri ruangan komen yang mana rata-ratanya memuji moment comel antara Jep Sepahtu dan Ebby Yus itu.
“Kan sweet je dia tolong abang Ebby Yus”
“Suka dengan Jep…”
“Bagus Jep, bagi semangat…”
“Bagus Jep ni saling membantu…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL, YOUTUBE
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.