Ifa Raziah Buat Netizen Tergamam, Habiskan Lebih RM100K Untuk Beli Emas

Nama penyanyi dangdut, Ifa Raziah sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini. Terutamanya selepas dia menyertai sebuah rancangan nyanyian Terpaling Juara sebelum dia menjadi peserta pertama yang tersingkir di dalam program tersebut.

Selain daripada nyanyiannya yang selalu dikritik, Ifa Raziah juga pernah terpalit dengan kontroversi dengan seorang pendakwah menyebabkan dia menerima kritikan dari netizen. Baru-baru ini pula, penyanyi dangdut ini sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas dilihat berbelanja besar di sebuah kedai emas.

@kedaiemasrozitaipoh @MissDivaifaraziah ♬ Miss Diva – Ifa Raziah


Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan Ifa Raziah yang sedang memilih emas pelbagai jenis bentuk di kedai emas tersebut. Apa yang menjadi bualan ramai ialah penyanyi itu difahamkan membelanjakan lebih RM100,000 untuk membeli emas di situ.

Turut dapat dilihat, penyanyi itu mencuba pelbagai jenis emas yang dijual dan turut dibantu oleh pekerja di sana. Perkongsian ini turut menjadi bualan ramai di mana rata-rata netizen tergamam melihat jumlah wang yang dibelanjakan penyanyi itu semata-mata untuk membeli emas di sana.

Sehinggakan ada yang berasa hairan bagaimana penyanyi itu mampu membelanjakan wang sebanyak itu untuk membeli emas. Namun ada juga netizen yang menganggap ianya sudah menjadi rezeki Ifa Raziah yang kembali aktif dalam industri hiburan dan tidak mustahil ianya adalah hasil titik peluhnya sendiri.

“Banyaknya duit dia…”

penyanyi

“Dia niaga apa?”

ifa raziah

“Apa bisnes dia ni ye.”

komen

“Alhamdulillah rezeki dia. Kita nak beli yang 2k pun kena pikir banyak kali. Maklumlah b40 kan.”

tik tok

sumber:hcl

About admin blog

Check Also

“Muka lawa, tapi sayang..”- Kαcukan! Ini biodata Sophia yg raih perhatian. sekali benda ini netizen perasan

Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini. Memiliki paras rupa jelita dan sekali …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *