“Yang Buat Hati Ini Bahagia Bila Dapat…,” – Neelofa Muat Naik Video Terbaru Muhammad Bilal

Apa sahaja yang dikongsikan oleh selebriti terkenal, Neelofa mengenai anak sulungnya, Muhammad Bilal pasti menarik perhatian warganet. Hampir tiga bulan melahirnya cahaya mata, ramai peminat yang tak sabar melihat wajah putera sulung pasangan selebriti tersebut.

Sebelum ini, Neelofa, 33, menyatakan prioriti utama sekarang adalah Bilal dan dia enggan menyerahkan tugasan menjaga sebulat-bulatnya kepada pembantu.

Baru-baru ini menerusi laman Tiktok rasmi miliknya, Neelofa berkongsi satu video yang memaparkan suami tercinta iaitu PU Riz sedang meriba cahaya mata mereka iaitu Muhammad Bilal.

“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dengan keluarga, travel & of cos berniaha. Love you both,” kata Neelofa menerusi video tersebut.

Video:

Untuk rekod, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, pada 27 Mac tahun lalu.

Bekas pengacara program MeleTOP itu selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan pada 31 Januari lalu.

Sumber: tiktok neelofa dan diolah oleh Padu Gila

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *