Selain berlakon, selebriti yang asalnya adalah penyanyi ini turut ‘meleb.arkan sayapnya’ dengan bergelar seorang pengacara. Inilah dia Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina. Malah rezekinya dalam mengacara makin mu.rah dan terbaharu beliau muncul dalam Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad.
Untuk info dari bermulanya rancangan realiti TV ini, Nabil Ahmad dipasangkan dengan Jihan Muse hinggalah untuk musim terbaharu ini digantikan dengan Elly Mazlein. Minggu pertama hujung minggu lalu memaparkan kemunculan Elly Mazlein yang nampaknya telah mendapat reaksi pos.itif dari penonton.
Nampak serasi bersama Nabil Ahmad di pentas besar tersebut, kali ini Elly Mazlein datang konti radio pula. Rakaman yang dimuat naik di TikTok Era.Je itu dipaparkan gel.agat ‘gi.la-gi.la’ Elly Mazlein yang teruja membuat kejutan untuk Nabil sempena hari jadinya.
Korang saksikan sendiri gelagat Elly Mazlein datang konti radio yang dimuat naik baru-baru ini:
Memang sempoi habislah! Bukan itu sahaja, Elly Mazlein sempat bertanyakan mengenai satu foto Nabil yang tidur tenganga dan menjadi perhatian ramai baru-baru ini. Katanya foto itu disebabkan oleh Nabil kepenatan ‘mengawal’ dan melayan Elly Mazlein di pentas Gegar Vaganza.
View this post on Instagram
Memang depan-depan terus Elly Mazlein bertanya nampaknya. Apa-apa pun gelagat Elly Mazlein ini telah membuatkan ramai terhibur.
“Aah betul laa Kak Lina tak duk diam. Haji Nabil macam kawal adik perempuan”
“Hahaha comel lah Kak Lina macam budak2 je”
“Nampak macam adik-beradik. Tapi nampak Kak Lina yang macam adik. Nabil jadi abang”
“Hidup kena jadi diri sendiri. Itulah Kak Lina Pom Pom”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL, YOUTUBE, IG
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.