[VIDEO]“Patutla…Rasa Pening”-Sebalik Tabir Babak L4wan Mat Kilau Dided4hkan,Tapi lain Pula Yang Netizen Perasan

Karya yang terus menjadi bualan hangat warganet, Mat Kilau antara filem Melayu pecah panggung. Malah filem ini juga turut ditayangkan di Netflix menjadikan ia boleh ditonton oleh lebih ramai tidak kira dalam atau luar negara.

Filem hasil karya Syamsul Yusof ini juga terus menerima pelbagai ulasan. Ada yang memuji jalan ceritanya dan terdapat juga kritikan mengenai filem ini dirakamkan.

Bagaimanapun, semua kritikan dan teguran diterima baik oleh pengarah berbakat ini. Biarpun begitu, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan balik tabir pembikinan filem Mat Kilau telah mencuri perhatian ramai.

Apatah lagi video di balik tabir itu adalah babak lawan Mat Kilau yang dipertikaikan sesetengah penonton. Ini kerana dalam filem tersebut babak ini dikatakan bergoyang-goyang membuatkan penonton tidak puas menyaksikannya. Korang saksikan sendiri rakaman yang dikongsikan ini:

Dalam perkongsian balik tabir babak lawan Mat Kilau tersebut kelihatan jurukamera memegang kamera dan digoyang-goyangkan oleh seorang lagi lelaki. Ini menjadikan babak lawan dalam filem tersebut bergegar. Turut tertulis di video berkenaan, “Ooo patutla masa tengok scene lawan rasa pening”.

Di sebalik kritikan babak tersebut, di ruangan komen ada yang memuji teknik rakaman yang digunakan pengarah tersebut. Dikatakan teknik digunakan itu supaya tidak nampak bosan kerana hanya statik.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman tersebut:

“Dalam filem Mat Kilau memang dia gunakan teknik ni. Untuk kita berada dalam situasi sebenar. Ini statik ja bukan perang namanya”

Screenshot at Sep 20 10-27-20

“Sebenarnya shaking tu nak tutup supaya tak nampak kesilapan ketika berlawan. Pelakon tak pandai sangat berlawan”

Babak Lawan Mat Kilau 1

“Kena ada movement baru syok. Kalau camera statik je bosan jugak”

Babak Lawan Mat Kilau 2

Itu memang style Syamsul Yusof dari dulu lagi bang”

Screenshot at Sep 20 10-26-14

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *