Baru dua hari ditayangkan di platform penstriman digital Netflix, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mendapat reaksi negatif daripada penonton.
Tinjauan di Twitter mendapati, rata-rata penonton yang dipercayai baru pertama kali menonton filem itu di televisyen men.dak.wa kurang berpuas hati dengan kualiti filem tersebut.
Malaysians when Mat Kilau finally on Netflix pic.twitter.com/xb0FV6STxa
— MGAG (@My_MGAG) September 16, 2022
Kemain dulu mat kilau ni boleh dapat berjuta ii pastu masuk netflix semua bagi bad rating pebendeee
— mar (@amrzuhairi) September 17, 2022
Antara yang mendapat kr.iti.kan hebat ialah kualiti sinematografi babak ak.si yang dikatakan ku.car-ka.cir.
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa skrip yang digunakan di dalam filem berkenaan kurang menarik dan kedengaran seperti ‘cera.mah’.
Perbincangan mengenai kualiti filem itu juga menyebabkan kata kunci Mat Kilau menjadi sohor kini di Twitter dengan lebih 12,000 ciapan menggunakan kata kunci tersebut.
Rakyat Malaysia boleh menonton Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara di platform penstriman digital Netflix, hari ini.
Tayangan itu dibuat sempena sambutan Hari Malaysia (16 September). pic.twitter.com/XTXLqUiksB
— TV Pertiwi (@TVPertiwi_MY) September 16, 2022
“Baru habis tengok Mat Kilau. Sinematografi babak aksi kucar-kacir. Pelakon gerak sekali, kamera gerak 10 kali,” kata Burhan.
“Dialog entah apa-apa, kesan bunyi ke laut dalam. Lawan pakai sabit dengan orang tak ada senjata tapi bunyi lawan pedang. Boring betul,” kata Lily.
“Baru lepas tonton Mat Kilau, biasa-biasa saja. Aksi berlawan terlalu kuat, dialog pula asyik marah-marah. Kesudahan cerita pula macam tergantung,” kata bon.
Terdahulu, filem arahan Syamsul Yusof itu mencipta sejarah apabila menjadi filem dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.
Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengutip sebanyak RM90 juta mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta.
https://twitter.com/arielnuae/status/1570693581488394242?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1570693581488394242%7Ctwgr%5E743a3063cbb4714dd5242a71ab9d989e6683ea90%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fviral25news.com%2Fkemain-dlu-mat-kilau-ni-bl%2F
Komen Negetif:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: KOSMO! ONLINE
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.