Perjalanan mencari nasi briyani di Edinburgh, London akhirnya menjadi kenangan dan pengalaman bermakna buat penyanyi Alif Satar dan keluarganya.
Menerusi perkongsian Alif di laman Instagram, dia tidak menyangka berpeluang melihat sendiri perarakan kereta yang membawa keranda Ratu Elizabeth ll.
“Semalam (Ahad), kami tinggalkan hotel di The Gleneagles untuk Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tingal kereta dan berjalan di bandar untuk cari lunch.
“Sekali, tengah kami duk berjalan cari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi), tengok-tengok jalan semua tutup, nak lintas seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai.
“Rupa-rupanya ada perarakan kereta yang membawa keranda Ratu Elizabeth II,” kongsi Alif.
Rata-rata netizen di ruang perkongsian itu menganggap Alif dan isteri serta anak-anaknya bertuah kerana dapat melalui pengalaman seumur hidup.
View this post on Instagram
Malah, netizen juga berkata momen itu juga menjadikan percutian penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku bersama keluarganya sangat bermakna.
“Awak sangat bertuah! Ia merupakan pengalaman seumur hidup untuk anak-anak.
“Ia membuatkan percutian bertambah kenangan dan sangat bermakna,” komen beberapa netizen.
Untuk Info, keranda Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Windsor, untuk disemadikan bersebelahan dengan suaminya, Putera Philip, yang meninggal dunia pada tahun 2021 di usia 99 tahun.
Menurut portal itu lagi, keranda mendiang ratu diperbuat daripada kayu oak dan dilitupi bendera ‘Royal Standard’ Scotland dengan kalungan bunga diletak di atasnya.
Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir di Istana Balmoral, Khamis lalu.
Britain kini sedang dalam tempoh berkabung sehingga proses Pengebumian Negara berlangsung pada 19 September di Westminster Abbey.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Gempak, IG
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.