Tambah Syamsul, sejak dahulu lagi dia yakin bahawa pelakon dan pengarah filem tempatan mampu menyangi filem-filem Hollywood menerusi carta pecah panggung.
“Siapa sangka. Dari dulu abang yakin pelakon dan pengarah filem kita mampu pergi jauh dan boleh saingi Hollywood dalam cara All Time International Malaysia Box Office. Kita boleh.
“Dengan izin Allah, it happened! Filem Mat Kilau telah mengatasi kesemua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7/, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia.
“Now, filem kita menjadi tuan dibumi sendiri.
“Terima kasih daripada kami team Mat Kilau dan terima kasih terus menyokong karya-karya abang selama ini sejak dari filem pertama. Teruslah ke pawagam menonton filem Malaysia daripada semua penerbit dan pengarah filem hebat yang lain ok? Support!
Dalam pada itu, Syamsul turut memberitahu yang filem Mat Kilau masih lagi ditayangkan di pawagam.
“By the way, Mat Kilau masih ditayangkan di pawagam sekarang guys, insya-Allah filem Malaysia akhirnya reach box office RM100 million cinema collection. Terima kasih daripada kami sekali lagi Alhamdulillah syukur,” katanya.
Sana sini drama, bercinta pun penuh drama. Tak cukup lagi drama?
sumber:gempak