Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) akhirnya telah melabuhkan tirai semalam dengan penuh kemeriahan apabila selain pemenang-pemenang yang menjadi tumpuan, persembahan daripada beberapa penyanyi yang terlibat juga tak kurang hebatnya mendapat perhatian serta dibualkan warganet di media sosial pada malam tadi.
Malah siapa menyangka gandingan dua penyanyi legend tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti dan Liza Hanim dilihat berada di atas pentas Anugerah Industri Muzik (AIM23) antara yang membuatkan media sosial juga kec0h.
View this post on Instagram
Mana tidaknya, gandingan di pentas rancangan tersebut membuatkan orang ramai terpikat dengan kehebatan suara yang mana pasti semua sedia maklum dengan bakat dan vokal Tokti dan Liza Hanim yang masing-masing juga mempunyai aura tersendiri apabila melontarkan suara mereka.
Justeru itu, mendengarkan persembahan kedua-dua penyanyi hebat tersebut membuatkan mereka menerima pujian melambung oleh peminat dan netizen malah ada juga yang ingin artis baru menjadikan ia sebagai contoh.
Hantaran oleh sitizones.official tersebut bagaimanapun menerima pelbagai kata-kata pujian yang mana persembahan mereka yang antara dinanti-nantikan juga di ibaratkan paling padu di Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) tersebut apabila kekuatan vokal Tokti mahupun Liza Hanim telah menggegarkan acara.
“Dua dua ada kelas tersendiri”
“Terkejut Siti nyanyi…”
“Dia tahu kemampuan dia, target dia nak merdukan nyanyian…”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sumber:HCL