“Tumpang Sikit Je, Terima Kasih Papa Sebab…,”- Jadi anak PM bukan tiket mudah buat Dafi, tak terlintas guna keistimewaan bapa

STATUS sebagai anak kepada Perdana Menteri Malaysia tidak bukan tiket mudah untuk penyanyi Dafi terlibat dalam filem patriotik berjudul Malbatt Misi Bakara yang dijangka ditayangkan bersempena bulan Kemerdekaan tahun hadapan.

Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri, 34, berkata, dia tidak pernah terlintas untuk menggunakan keistimewaan bapanya iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meskipun ada beranggapan begitu.

“Saya tidak rasa ada sebarang keistimewaan tetapi jika ada yang mahu beri peluang atau layanan seumpama tanpa diminta, saya terima sahaja.

“Saya harap tiada orang sal4h anggap kerana saya tidak pernah meminta. Kalau orang dah nak bagi, takkan nak t0lak,” katanya kepada mStar.

VIDEO

Dafi tidak pernah ambil kesempatan guna jawatan bapa untuk dapatkan keistimewaan.

Dafi ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran filem Malbatt Misi Bakara yang diadakan pada Sabtu.

Filem arahan Adrian Teh itu bakal menyaksikan Dafi memegang watak sebagai sal4h seorang tentera yang terlibat dalam misi Malbatt ketika peperangan di Somalia pada 1993.

Dalam pada itu, Dafi turut meny4ngkal d4kwaan penglibatan dalam filem berkenaan akan memberi jalan mudah bagi tujuan promosi atau mendapatkan sebarang dana.

Sebaliknya kata Dafi, Adrian sebagai pengarah mempunyai reputasi cukup baik selepas mengarahkan filem Paskal The Movie yang mendapat sambutan luar biasa penonton.

“Adrian sendiri mempunyai reputasi cemerlang sebagai pembikin filem. Dia sendiri sudah ada hubungan baik dengan anggota tentera. Bukan sebab saya filem ini diterbitkan,” jelasnya.

Malah kata Dafi, bapanya juga tidak mengetahui dia terlibat dalam filem ini sehinggalah menerima tawaran.

“Bapa tiada masalah… Kami memang tidak campur urusan kerja masing-masing,” ujarnya.

Bercakap mengenai filem tersebut, Dafi tidak menyangka diberi peranan sebagai anggota tentera selepas 15 tahun penglibatannya dalam industri seni.

Teruja dapat terlibat dalam naskhah tersebut, Dafi tidak menafikan mula berasa tertekan apabila bakal bergandingan dengan nama besar seperti Shahiezy Sam, Bront Palarae, Hairul Azreen, Zahiril Adzim dan Adlin Aman Ramli.

Barisan pelakon Malbatt Misi Bakara bersama pengarah Adrian Teh.

“Jujurnya lama saya fikir sebelum bersetuju kerana bimbang akan merosakkan filem ini.

“Saya anggap ini satu peluang berbeza dalam karier saya apatah lagi sudah lama tidak muncul dalam mana-mana filem atau drama,” katanya.

Malbatt Misi Bakara merupakan terbitan bersama enam syarikat iaitu bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Ia memaparkan kisah benar dan pernah menjadi antara sejarah pencapaian terbaik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sekadar Perkonsiang Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja TQ

Sumber: Mstar

About admin blog

Check Also

Netizen D4kwa Fattah Amin ‘Awkward’ Di MLS3, Ini Respon & Reaksi Sharnaaz Ahmad

Umum tahu, pelakon Sharnaaz Ahmad memikul tanggungjawab menjadi hos Muzikal Lawak Superstar (MLS3) bergandingan dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *