[VIDEO] “Terjumpa Fattah, Bau dia wangi..” -Peminat Usik Fazura, Sekali Ini Reaksi Beliau jadi Bualan

Nur Fazura Sharifuddin merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 27 September tahun 1983, berasal dari Pekan, Pahang. Memulakan kerjayanya dalam industri hiburan dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan watak sampingan. Beliau juga dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya di Malaysia. Namanya mula dikenali ramai menerusi lakonan beliau sebagai Intan dalam sebuah filem komedi yang berjudul ‘Pisau Cukur, digandingkan bersama Maya Karin dan Aaron Aziz.

Fazura berkahwin dengan juga seorang pelakon terkenal yang namanya sering disebut-sebut oleh peminat iaitu Fattah Amin atau nama sebenarnya ialah Abdul Fattah Mohd Amin pada 2 Oktober 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Nur Fatima Aisya setelah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga. Dalam video klip ini menunjukkan di mana beliau membuat siaran langsung bersama suaminya Fattah Amin, untuk mempromosikan produknya. Selain itu, penonton juga telah mengusik Fazura dan memberi komen yang mengatakan mereka pernah berjumpa dengan suaminya Fattah Amin dan terhidu minyak wangi darinya. Reaksi Fazura setelah membaca komen tersebut telah membuatkan orang ramai terhibur dengan telatahnya yang secara spontan dan selamba.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@∙∙:Dye nmpak je marah tpi lbih kpada bergurau dgn peminat dye I LOVE YOU Kak Fazura

@Ranzila Enterprise:btoi lah tu ..fatah ckp ni live Fazura….npe diorg sibuk plk kan..ap ap Fazura MMG ayu sgt

@Fazi:marah pn tetap cantik..tak nampak marah pn semoga berbahagia hingga ke Jannah

@Fatin Adilah:Fazura je boleh buat vibes drama queen ni

@zaa@18:mmg handsome fattah ni..sesuai sgt dgn faz..smoga kekal hngga ke jannah

@K E Y:First tgok fatah meletop berlakon dengan fazura dlm cite apa tah haritu.. Rupa2 nye bercinta betul2

@AmaNdaBatrisya:takpe kak faz,, diaorg nak tgok muka suami akak, saya nak tgok muka akakk… cantik dri dulu smpi skrg msh cantikkk

@khairulazahar1983:moga.fazura.dan Fatah..di berikan kesihatan yg baik.moga bahagia.hingga ke Jannah..

@Ms Love:Fatah nmpak takot tu hahah serius nye muka fatah tu

@DeeFatiha@LMS:comel! fazura ni kelakar laaaa,dia mmg suka gurauu dgn peminat diaa

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan berasa terhibur dengan reaksi beliau yang secara spontan dan selamba. Ada juga yang mendoakan pasangan ini semoga mereka dimurahkan rezeki dan mengekalkan hubungannya hingga ke jannah. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 542.2K penonton, 39.2K sukaan dan 409 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *