“Tak jemput pun..”- Foto Nuha & Naufal Jadi Bualan Netizen, ‘Sejak bila dia..’

Melancarkan lagu popular dan mendapat sambutan hebat sejak tiga bulan yang lalu, Casablanca merupakan single pertama penyanyi muda, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Selama tempoh tersebut bermula 4 Jun 2022, Casablanca tidak henti-henti menjadi lagu pilihan ramai.

Malah lagu duet antara kedua-dua penyanyi tersebut yang boleh menyanyikan bahasa Arab dengan baik sering dinyanyikan di rancangan mahupun acara lalu tular di media sosial.

Namun begitu, tentu sahaja ramai yang ingin mendengarkan lagu baharu mereka pula selepas lagu pertama gandingan tersebut berjaya mencuri tumpuan ribuan pendengar apabila Casablanca juga telah mencapai lebih 20 juta tontonan hanya selama 3 bulan.

Walau bagaimanapun, nampaknya satu muat naik video Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ini seperti menjawab tekaan akan adanya single terbaharu pula. Tetapi ternyata rakaman yang memaparkan kedua-duanya memakai pakaian seperti pengantin yang lengkap berbusana serba putih dan dihiasi perhiasan yang menaikkan seri mereka menyebabkan juga timbul pelbagai tanda tanya.

Muat naik video menerusi akaun beegoodmusic tersebut dengan kapsyen, “N&N. Dah ready ke tu? 24/9,” itu bagaimanapun dihujani dengan pelbagai reaksi oleh netizen di ruangan komen yang mana ada yang memuji keserasian Nuha dan Naufal Azrin dan dikatakan sesuai jika benar-benar berkahwin.

“Kahwin je lah bebetul, sesuai pulak”

Naufal

“Wah sepadan lah…”

IMG_20220908_083138

“Rasa lagu je kot”

Naufal

“Tak jemput netizen pun”

IMG_20220908_083206IMG_20220908_083224

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL, YOUTUBE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *