Dituduh Edit Gambar Untuk Nampak Tinggi, Sekali Ini Respon Eina Azman

Pelakon Datin Paduka Eina Azman memberitahu dia kerap menerima pertanyaan mengenai berat badan dan ketinggiannya setiap kali membuat ‘live’ di laman sosial.Menurut pelakon drama The Maid 2 ini, terdapat segelintir

netizen yang mengatakan dia menyunting semua gambarnya untuk kelihatan lebih tinggi.“Semua orang, setiap kali

saya buat live mesti tanya fasal berat dan tinggi saya. Ada yang cakap ‘agak-agaklah edit tinggi macam tu’.“Ya Allah,

saya dah tak tahu nak jawab macam mana dah. Sebab setiap hari saya live orang akan tanya fasal tinggi.

“Ke lepas ini saya live, kena letak jawapan dekat pin? Tinggi saya 173,” kata Eina ketika membuat live di aplikasi TikTok.

Malah, rakan Eina yang turut berada dalam ‘live’ tersebut mengatakan pelakon cantik itu tidak pernah menyvnting gambar dan sememangnya tinggi.

“Sangat tinggi… seriously, tinggi g1la. Kalau nak cakap pun, kena pandang atas. Buat apa nak edit bagi tinggi.

“Kalau tak percaya, tengok Aubrey pun tinggi,” kata rakan Eina.

Dalam pada itu, Eina kini sedang muncul dalam drama bersiri The Maid 2.

The Maid 2 ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Musim kedua drama ini menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik.

Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin

Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim) penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Dalam The Maid terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Sana sini drama, bercinta pun penuh drama. Tak cukup lagi drama?

Dapatkan Pek Primary Astro hanya RM59.99/bln!

Sumber: Gempak

Sekadar Perkonsiang Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja TQ

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *