Menerusi konsert minggu ketiga ‘Terpaling Juara’, Dato Hattan selaku juri tetap program berkenaan meminta pihak penerbit untuk tidak melakukan sebarang peny1ngkiran, semalam. Hazami dan Ifa Raziah dua terendah? Di akhir program, Dato Hattan meminta Haziq dan Shiha untuk membacakan dua nama peserta yang menduduki dua tangga terbawah. Menurut Haziq, Hazami dan Ifa Raziah memperoleh markah yang terendah berdasarkan persembahan semalam.
Menerusi persembahan itu, nyanyian Ifa dilihat sumbang selain dilihat tidak selesa dengan pakaian yang digayakan sehingga terpijak bahagian kaki gaunnya. Disebabkan itu, Ifa menerima komen ped4s daripada salah seorang juri iaitu Datuk Hattan yang bertanya perkara menggangu fikirannya pada persembahan tersebut. Ifa menyalahkan pakaian yang digayakan sehingga telah menggangu persembahannya. “Mula-mula tu nak masuk dah senget, bahagian korus cover sikit, lepas tu dia slack balik.
Ujar Naim, dia akan melakukan yang terbaik sebagai kapten untuk membantu Ifa Raziah pada minggu hadapan. Manakala, Akim berkata dia percaya Hazami mampu memberikan yang terbaik sekiranya dapat bertanding untuk konsert seterusnya. Justeru itu, Haziq akhirnya mengumumkan bahawa tiada peny1ngkiran yang berlaku.
Pada konsert tersebut juga, penonton dapat menyaksikan Syaz meraih anugerah ‘Persembahan Terbaik’ untuk kali kedua berturut-turut. Shaz membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000. Bertemakan lagu-lagu ‘Cinta’, pentas ‘Terpaling Juara’ dibuka oleh Aqmal. Aqmal telah menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama diikuti Ifa Raziah (Sekuntum Mawar Merah). Pentas dihangatkan lagi dengan persembahan Hazami
Pemenang persembahan terbaik iaitu Syaz telah membawakan lagu ‘Purnama Merindu’ nyanyian asal penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza manakala, Rahmad Mega menyanyikan lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’. Nak tahu macam mana persembahan mereka untuk minggu hadapan, nantikan!
ini kata2 Dato Hattan, lihat dalam video minit ke 24
VIDEO :
“Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal
Penyanyi senior, Ifa Raziah membid4s semula komen seorang guru vokal, Shaffiq Erwin yang menegur teknik yang digunakan oleh penyanyi tersebut di pentas Terpaling Juara.
Ifa menerusi komen balas di Instagram guru vokal tersebut menyatakan dia tidak pernah mengenali individu itu dalam industri hiburan.
“Kau siapa nak sound-sound aku ni nyanyi sumb4ng ke apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ni? Umur aku dah dekat 50 tahunt, memanglah suara kadang-kadang ‘ke laut’ sikit.
“Kau suruh mak kau nyanyi, aku nak tengok. Semua artis akan lalui fasa ni bila dia orang dah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. Semua yang. dulu suara ‘high pitch’ tak akan dapat macam suara 20-30 tahun yang lalu,” tulisnya.
Komen balas tersebut dikongsikan sendiri oleh Ifa menerusi ruang komen di hantaran Instagram Shaffiq.
“So respect lah sikit kami yg tua ni. Nak compare dengan budak-budak muda memang lah kami tak mampu nak lawan.
“Kau yang muda pun suara tak kemana, aku nak tengok suara kau masa umur kau 50 nanti. Kau tunggu masa tu akan tiba,” jelasnya lagi.
Tambah Ifa, kalau dibandingkan dengan penyanyi remaja, memang tiada daya dan kemampuan untuknya bertanding.
“Aku masuk pertandingan ini suka-suka saja, bukan fasal duit. Setakat RM100,000 itu, aku pun ada.
“Tak payahlah kvtuk-kvtuk, kita hidup ini santai-santai saja, apa yang masalah sangat pada kau? Kalau aku sumb4ng dan tersingkir pun, aku tetap Ifa Raziah!” tegasnya membela diri.
Walaubagaimanapun, Shaffiq sekadar membalas komen Ifa dengan mengucapkan semoga maju jaya buat penyanyi itu dan dilihat tidak melayan komen ‘ser4ngan’ dari Ifa Raziah.
Sumber/ Kredit :IG Shaffiqerwin
Diolah oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.