“Ya saya tahu kroni dia (bapa Aqish) sangat ramai” Ibu Puteri Balqis Dedah Sesuatu Yang Ramai TakTahu

Ibu pelakon Puteri Balqis, Norashikin Mohd. Aziz tidak berniat mahu memanjangkan lagi kenyataan yang dibuat oleh anaknya tentang sikap burvk bekas suaminya ketika ditemubual oleh Bros Gang TV menerusi saluran Youtube semalam.

Norashikin yang dihubungi Astro Gempak mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh anak tentang bapa yang difahamkan sudah lebih dua tahun tidak berjumpa dan berhubung.

“Maaf, Balqis sudah tidak mahu mengulas isu ini dan tidak mahu lagi bercakap mengenainya.

“Terus-terang saya tak sangka dia nak buka cerita itu kerana pada mula perbualan dia kelihatan gembira sahaja. Tak sangka ending itu dia buka semuanya.

“Saya rasa mungkin dia sudah tak tahan dan sudah tiba masa dia untuk buka cerita ini. Bapa dia sudah lebih dua tahun menghilangkan diri tanpa memberi nafkah,” katanya kepada Gempak.

Dalam perkongsian Balqis atau mesra dengan panggilan Aqish itu dia mendedahkan kisah disebalik terjadinya identiti ‘Aqish’ yang ketika ini dilihat sangat berlainan dengan dirinya sewaktu kecil dulu.

Bukan itu sahaja menerusi sesi podcast bersama dua pengacara itu, Aqish membuat satu pengakuan yang mengejutkan orang ramai mengenai sikap sebenar ayah kandungnya.

Aqish memaklumkan bahawa bukan sahaja bapanya itu merupakan seorang yang malas, bahkan dia juga tidak pernah menerima sebarang didikan agama daripada bapanya itu.

Menurut Norashikin dia sudah bersedia untuk menerima apa jua kesan atau pad4h daripada pendedahan yang dibuat oleh anaknya.

“Ya saya tahu…kroni dia (bapa Aqish) sangat ramai dan saya pula tak kenal orang berkedudukan sama seperti dia.

“Tapi ini bukan soal kalah atau menang. Saya tak kisah apa pun yang bakal kami terima nanti asalkan Aqish lega dapat meluahkan apa yang dipend4m,” katanya lagi.

Baru-baru ini nama Puteri Balqis menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga ada yang menggelarkan pelakon KL Special Force itu dengan gelaran sund4l hanya kerana dia menggayakan imej yang s3kksi di media sosial.

Menerusi pendedahan Balqis, rata-rata warganet terkejut dan tidak menyangka remaja ini pernah melalui pengalaman yang ‘gel4p’ ketika usianya masuk muda.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas apa yang telah dilalui oleh ibu serta gadis terbabit dan dalam pada itu, warganet juga berharap agar orang ramai untuk tidak lagi menjatuhkan hukvman sesuka hati kepada dua beranak itu selepas Aqish menceritakan hal sebenar ini

Netizen sudah jangkakan pasti ada sesuatu yang tak kena

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dan mula faham perubahan yang berlaku dalam diri Aqish selepas mengetahui penderit4an yang dialami pelakon itu sejak dari kecil lagi.

Sumber/ Kredit :GEMPAK

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *