Netizen ‘Kalut’ Cari Engku Emran, Noor Nabila Kongsi Foto Berdua Masa Sambut Hari Lahir

Ketika majlis sambutan ulang tahun kelahiran Jebat Jayden, ramai netizen yang tercari-cari kelibat suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran.

Mana Engku?

Majlis hari lahir yang bertemakan Spiderman itu diadakan pada hari Sabtu lalu (3 September) yang dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.

Turut sama hadir meraikan hari bahagia Jebat adalah pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nabila berkongsi foto bersama Jebat dengan kapsyen, ‘Mummy sayang anak mummy dunia akhirat.’

Namun, ada segelintir warganet yang bertanya keberadaan Engku Emran di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Sambut hari lahir bersama

Segala pertanyaan terjawab apabila Nabila memuat naik foto berdua dengan Engku Emran ketika sambutan hari lahirnya (4 September).

Biarpun tidak disertakan dengan kapsyen, Nabila dan Engku Emran berpelukan erat dan kelihatan bahagia. Engku Emran turut mendampingi Nabila ketika sesi memotong kek sambil tersenyum.

Ini sekaligus menafikan d4kwaan rumah tangga mereka sedang bergol4k.

Terdahulu, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berc3rai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber : ohbulan.com

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *