Ebby Yus Buka Langkah Silat Buat Ramai Terpegun, “Ini Baru Icon Orang Lama”

Ebby Yus, seorang pelakon lama yang cukup terkenal dengan lawak jenakanya. Cukup berbakat besar, sehingga kini nama Ebby Yus masih dikenali ramai dan tawaran lakonannya juga bukan calang-calang.

Bukan itu sahaja, Ebby Yus juga cukup sinonim dengan nama karakter lakonannya iaitu Pak Din dalam sitkom J.K.K Kampung Kalut. Itulah aura orang lama bila beraksi memang lain macam padu dia!

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Ebby Yus buka langkah silat di depan orang ramai ini telah membuatkan warganet teruja menyaksikannya. Nampak penuh seni dan ada auranya tersendiri.

Berikut adalah perkongsian rakaman Ebby Yus buka langkah silat yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mrr777shz:

Wow, baru buka langkah dah buat penonton semua terpaku! Manakan tidak, untuk info Ebby Yus dulunya pernah berlakon dalam sebuah drama popular berkonsepkan silat.

Malah sehingga kini masih ada yang mengingati kemunculannya dalam drama tersebut. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 183 ribu tontonan dan 11 ribu likes.

Di ruangan komen rata-rata warganet memuji Ebby Yus pandai silat, satu warisan melayu yang seharusnya tidak dilupakan. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan perkongsian tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebby Yus Rashid (@ebbyyusoriginal)

“Beliau rasanya mula dikenali dari cerita pendekar”

Screenshot at Sep 03 13-41-47

“Penuh dengan penghayatan dan pengisian. Terbaik otai abang Ebby Yus”

Screenshot at Sep 03 13-41-25

“Orang lama ni boh”

Screenshot at Sep 03 13-40-57

“Kebanyakan pelakon2 legend semua ada silat. Contoh Eman Manan..Wak dd dan ramai lagi”

Screenshot at Sep 03 13-39-48

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *