“Dia Tak Tengok AF.”-Berkenalan Di Instagram, Isteri Rupanya Tak Tahu Shahir Penyanyi

Selamat diijabkabulkan pada jam 9.10 malam semalam di Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya, penyanyi Shahir Zawawi berkongsi kisah perkenalan dengan isteri, Jaskin Jaludin, 30, yang bermula menerusi laman sosial Instagram sekitar Mei lalu.

Menurut Shahir atau nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi, 34, dia terlebih dahulu mendekati (approach) isterinya di laman sosial tersebut dengan tujuan untuk mencari pasangan hidup.

Menariknya, Jaskin tidak mengetahui Shahir yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu seorang selebriti yang dikenali ramai.

“Saya kenal isteri pada bulan Mei tahun ini, lepas raya menerusi laman Instagram. Saya mengaku yang saya tegur dia dulu (di Instagram).

“Masa itu memang kami dua-dua dalam fasa nak cari pasangan untuk settle down.

“Kami kenal, borak-borak dan dua minggu selepas itu kami ambil keputusan untuk jalani kursus kahwin secara online.

“Hanya selepas itu baharu kami keluar bertemu janji dan Alhamdulillah dari situ saya lihat kami ada keserasian dan keselesaan apabila bersama.

“Saya terpaut pada hati isteri, dia seorang yang suci hatinya. Kalau siapa kenal dia, tahu dia macam mana orangnya. Lagi satu dia pun lucu orangnya.

“Kita nak pasangan yang bukan sekadar isteri tapi dia juga sahabat, dia juga teman gelak ketawa, Alhamdulillah semua ciri-ciri itu ada pada dia.

“Isteri tidak tahu saya seorang artis sebab dia tidak tengok AF,” kata Shahir kepada MH.

Berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka, Jaskin yang merupakan seorang pemilik butik di Puchong, Selangor ini berkata, dia mengalirkan air mata sebaik mereka sah bergelar suami isteri kerana terlalu sebak dan tidak menyangka bahagia akhirnya datang menyapa dirinya.

“Saya menangis sebab saya tak rasa pun saya akan berkahwin dan akan dapat merasai momen seperti ini.

“Tentang kisah perkenalan kami, memang saya tak tahu pada mulanya yang Shahir seorang artis. Lepas saya dapat tahu, saya terus bertanya pada dia, betulkah awak ini artis? sebab saya memang tidak menonton program AF.

“InsyaAllah, saya sudah bersedia dengan liku-liku bergelar isteri kepada seorang selebriti dan saya tiada halangan untuk Shahir berduet atau berpasangan dengan mana-mana artis wanita untuk perkembangan kerjayanya,” kata wanita kelahiran Tawau, Sabah itu.

Merancang untuk melakukan ibadah umrah pada hujung tahun ini, Shahir berkata isterinya ada memohon doa ketika awal tahun lalu di Mekah, sekiranya dipertemukan jodoh, dia ingin kembali ke Tanah Suci dengan membawa suaminya sekali.

“Kiranya dia ingin menunaikan janji selepas segala doanya dimakbulkan Tuhan. Untuk perancangan bulan madu lain, kami dua-dua suka pulau dan laut, mungkin kami akan ke destinasi sebegitu tapi tak tahu di mana lagi.

“Bercakap mengenai perancangan anak pula, kami tidak merancang. Sekiranya Allah kurniakan rezeki awal, kami terima,” kata Shahir lagi.

Shahir dan Jaskin atau lebih mesra disapa Ekin bakal diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini bertempat di lokasi sama.

Menariknya, Shahir bakal mempersembahkan lagu baharu nyanyiannya, Halal yang diciptakan khas buat suri hatinya itu di hadapan tetamu dalam majlis itu nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://www.mediahiburan.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *