Tak lengkaplah sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan 31 Ogos tanpa perarakan. Dengan adanya acara ini, orang ramai boleh berkumpul bagi melihat lebih dekat perarakan berwarna-warni yang bakal ditonjolkan.
Jika sebelum ini, 2 tahun Malaysia tidak mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan dengan perarakan. Ini disebabkan v1rus C0vldl9 yang mana tidak membenarkan himpunan beramai-ramai diadakan. Pastinya agak sedikit ‘kurang’ ketika sambutan tersebut diadakan.
Kini, acara ini begitu meriah disambut oleh seluruh rakyat Malaysia di setiap pelusuk negeri.
Tidak ketinggalan, pend4kwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus sempat meluangkan masanya untuk merasai sendiri sambutan kemerdekaan yang bertempat di negeri kelahirannya iaitu di Terengganu.
Berdasarkan perkongsian di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @markmatt53, kelihatan Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hadir ke sambutan kemerdekaan tersebut dengan memakai jubah berwarna kelabu.
Apa yang mencvri perhatian ramai ialah UAI begitu teruja melihat perarakan yang dilakukan pada ketika itu sehingga beliau sanggup masuk ke kawasan perarakan tersebut semata-mata untuk mengambil gambar.
Gelagat UAI rata-rata mencuit hati ramai pihak kerana pada ketika itu, tiada siapa pun yang berani untuk menegur atau menghalangnya untuk beredar dari kawasan tersebut.
Video:
https://youtu.be/ojJysUZzAJs
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat sempoi UAI dimana ketika ini, perkongsian tersebut telah mencecah 1.9 juta tontonan dan 208.3k tanda suka.
Komen netizen:
Sumber: OMM dan diolah oleh Padu Gila