“Dia islam ke?”- Penampilan Sεksi Di KLFW2022 Dikεcam, Elvina Mohamad Tampil Mohon Maaf

Pelakon, Datin Elvina Mohamad, memohon maaf seandainya penampilan ketika Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini, menyentuh sen.sitiv.iti mana-mana pihak.

Bukan pakaian harian

 

Menurut Elvina, dia sekadar menggayakan koleksi terbaru dari rekaan pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam dan tidak menyangka ia menjadi bualan netizen.

Aktres berumur 27 tahun itu tidak melatah namun mengambil pengajaran daripada kesilapan tersebut.

Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada Alia Bastamam.

Dia juga minta saya gayakan baju itu yang mana koleksi terbaru itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

Salah saya sendiri. Tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.

Elvina berkata demikian ketika sidang media drama Takdir Cinta Dhia terbitan Suhan Movies, di TGV, One Utama, pada Isnin.

Tambah pemilik nama Norzalina Mohamad, berkemungkinan orang ramai tidak menerima gaya fesyen tempoh hari kerana dia sering melakonkan watak wanita lemah lembut di kaca televisyen.

Saya rasa mungkin itu juga menjadi punca. Selama ini saya sering bawa watak lemah lembut dalam drama. Mungkin disebabkan itu, mereka terkej.ut nampak saya pakai begitu( sek.si).

Sekali lagi saya telankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja.

Komen pe.das netizen

Sebelum ini, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini menerima kecaman selepas mengenakan pakaian yang dianggap mencolok mata.

Susulan kritikan tersebut, pelakon drama Cinta Si Wedding Planner mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen selang beberapa minit foto itu dikongsikan di Instagram (IG).

Dalam perkembangan terkini, Elvina bakal muncul dalam drama Takdir Cinta Dhia yang akan ditayang mulai 12 September ini secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima.

Drama yang bergenre crime-thriller ini turut menampilkan barisan pelakon pujaan ramai seperti Datuk Aaron Aziz, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Khalida Balqis dan Nazrief Nazri.

Sumber: Instagram @elvinamohamad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OB

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Muka lawa, tapi sayang..”- Kαcukan! Ini biodata Sophia yg raih perhatian. sekali benda ini netizen perasan

Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini. Memiliki paras rupa jelita dan sekali …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *