Zul Ariffin yang kini berada di Tanah Suci Mekah menzahirkan kesyukuran sebaik selesai menunaikan ibadah umrah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, aktor berusia 36 tahun itu berkongsi sebuah video pendek menunjukkan dia berada di hadapan Kaabah sambil tersenyum memandang ke arah kamera.
Pada ruangan kapsyen, Zul hanya berkongsi emoji berbentuk Kaabah, tangan (menadah doa) dan simbol hati sebagai simbolik kesyukuran dapat menyempurnakan ibadah umrah.
Menerusi hantaran berbeza, pelakon drama Love Elsa itu turut berkongsi foto bergambar berlatarbelakangkan Kaabah serta ribuan jemaah lain yang turut berada di Mekah.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Instagramnya turut berkongsi rasa syukur dan gembira apabila pelakon kesayangan mereka dapat menyempurnakan ibadah yang menjadi dambaan seluruh umat Islam tersebut.
Malah, ada antara netizen mend4kwa wajah pelakon itu kelihatan berseri-seri ketika berada di Mekah dalam berpakaian ihram.
Difahamkan pelakon yang bakal muncul menerusi filem Juang itu terlebih dahulu berada di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selama beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Komen netizen:
Sumber: cari