“Hari Ini Hari Terakhir Saya Di Duo Sinar..” – Peminat Bersedih, Elizad Tinggalkan Sinar FM

Celoteh pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad Sharifuddin, 38, di saluran radio Sinar FM tidak akan kedengaran lagi apabila personaliti terkenal tanah air itu menamatkan tugasnya semalam (Jumaat).

Melalui satu hantaran di Facebook rasmi SINAR dan juga di Instagram Elizad sendiri, difahamkan hari ini merupakan hari terakhir Elizad bersama DUO SINAR sejak berkhidmat di stesen radio itu dari tahun 2019.

Sebelum ini dia bergandingan bersama Hefny Sahad pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 3 hingga 7 petang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasa sedih dengan berita tersebut dan berharap Elizad dapat dikekalkan.

Tidak dapat dipastikan pula ke stesen radio mana Elizad akan “berhijrah” selepas ini namun di hujung kapsyen, dia ada memberitahu akan kembali berlakon.  Jadi buat peminat Elizad janganlah bersedih kerana korang boleh beralih ke kaca televisyen pula untuk tengok Elizad selepas ini.

Agaknya siapa pula akan menggantikan tempat Elizad bergandingan bersama Hefny dalam slot DUO SINAR selepas ini?.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kam i. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *