“Sy tidak prnah..”- Murah Rezeki! Baru Timang Cahaya Mata Kelapan, Isteri Hamil Lagi, Ini Luahan Harry Khalifah

BARU sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu, penyanyi dan komposer Harry Khalifah sekali lagi berkongsi khabar gembira isterinya kini sedang hamil anak kesembilan.

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Harry atau mesra disapa Apak, 42, dalam masa sama sudah menjangka isterinya iaitu Noormala akan kembali hamil dalam masa terdekat.

“Ketika mencuci uri anak kelapan sebelum ini, ibu saya ada berkata isteri akan ha.mil lagi dan anak seterusnya dekat.

apak 2

Apak baru sahaja menyambut kelahiran anak kelapan Januari lalu yang diberi nama Mardeena.

“Orang tua tahu biasanya tahu bila akan dapat anak lagi apabila mencuci uri bayi. Ini adalah kuasa Tuhan dan saya tidak menolak dikurniakan rezeki anak.

“Semestinya saya akan gembira dan bersyukur mendapat tahu tentang kehamilan isteri kali ini. Pengalaman memiliki lapan orang anak sekarang ini membuatkan kami lebih bersedia menyambut kelahiran kesembilan nanti,” katanya kepada mStar.

Sedar tanggungjawab sebagai seorang bapa semakin besar, Apak kini tidak boleh duduk diam dan perlu lebih keras bekerja untuk menampung kehidupan keluarga.

Dalam masa sama, Apak turut menitip pesan buat semua pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata untuk sentiasa berdoa agar urusan mereka dipermudahkan.

“Saya tidak pernah an.ggap memiliki anak ramai sebagai satu beban. Setiap anak yang dilahirkan itu adalah rezeki dan saya harus menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin.

“Jadi sekarang ini memang perlu lebih kerja keras sebab anak semakin ramai. Nak berehat pun tiada masa disebabkan jadual kerja yang padat. Semoga anak-anak ini akan membesar menjadi soleh dan solehah.

Saya tidak pernah anggap memiliki anak ramai sebagai satu beban. Setiap anak yang dilahirkan itu adalah rezeki dan saya harus menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin

HARRY KHALIFAH

PENYANYI/KOMPOSER

“Buat mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan pernah berputus asa. Teruskan berdoa semoga dipermudahkan urusan untuk memilik anak suatu hari nanti,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Apak bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Lagu Untuk Amy hasil ciptaannya sendiri.

Selain itu dia turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah produksi dari Jepun merakamkan semula lagu berjudul Wan Lebor.

apak 3

Apak bersama isteri dan lapan orang anak mereka.

“Lagu Wan Lebor ini merupakan sebuah lagu rakyat yang mengangkat loghat negeri Perak. Apabila ada syarikat rakaman Jepun yang mahu merakamkan semula lagu ini saya amat berbesar hati memberikan kerjasama.

“Dengan cara ini bolehlah saya berikan sumbangan sedikit untuk mengharumkan nama negara,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *