[VIDEO] “Vibe mcam dua Puteri Sepanyol..” – Kecantikan Anak Dara Que Haidar Jadi Bualan Netizen

Siapa tidak kenal dengan bintang filem popular ‘Rock Oo!’ yang dibintangi aktor Que Haidar lebih kurang sedekad yang lalu. Terbaru pelakon ini memuatnaik gambar kedua-dua anak daranya di akaun Instagram-nya mencuri perhatian warganet.

Persis Puteri Diraja

Menjengah ke media sosial Que, pelakon ini memuatnaik gambar penampilan anak perempuannya Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra semasa menghadiri rancangan popular Meletop semalam sambil menulis nama kedua-dua puteri kesayangannya di bahagian kapsyen.

“Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra”

Gambar yang dikongsikan itu terus dihujani dengan pelbagai komen dan pujian buat kedua-dua puteri kesayangan pelakon berbakat ini.

“Vibe macam dua puteri Sepanyol tu. Anggun dan cantik”

“Cantiknya.. Dah besar dah..”

“Wow Ratu muka dia very the Miss Universe.. Moga kekal bahagia satu keluarga” komen mereka

“Seorang lawa macam mak. Seorang comel macam ayah”

“Lawa betul”

“Pandai jaga anak” komen warganet

Belum Bersedia Miliki Media Sosial

Selain memuji kecantkan anak dara Que, ada juga warganet yang turut memuji aktor berbakat ini pandai mendidik anak. Apatah lagi semasa rancangan Meletop bersiaran, Que mendedahkan anak-anaknya tidak memiliki akaun media sosial kerana merasakan mereka masih belum bersedia.

“Sebagai bapa. Abang rasa, abang lagi kenal anak-anak abang. Anak-anak saya. Dia orang, hati dia orang lembut.

Kan kita ada sesetengah, tak segelintir netizen yang tulis tak elok. Kacau dia orang punya ‘feeling’. Saya rasa dia orang tak ‘ready’ lagi untuk ‘handle that thing’.” Ujarnya

Tabik cara Que Haidar mendidik anak-anaknya.

Sumber: Muraimy

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *