Minggu Fesyen Kuala Lumpur ataupun KLFW memang menjadi acara tumpuan pada saban tahun.
Dihadiri ramai selebriti tempatan bagi memberi sokongan kepada pereka fesyen tanah air, KLFW dilihat sebagai medan kepada selebriti untuk menggayakan fesyen tersendiri ketika menghadiri slot pertunjukan fesyen.
Tidak melepaskan peluang, pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha turut menghadiri ke pertunjukkan fesyen tersebut dengan busana tersendiri.
Hannah yang kini anggun bertudung memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya menggayakan busana merah ciptaan pereka fesyen terkenal tempatan, Alia Bastamam.
Di sebalik pujian yang diterima, terdapat teguran yang dilem.parkan kepada anak kelahiran Singapura itu.
Rata-rata peminat mempersoalkan mengapa busana tersebut menunjukkan bengkung di luar dan mengatakan busana tersebut tidak sesuai dengan imejnya yang kini sudah berhijab.
Imej manis Hannah yang mengenakan tudung sejak tahun 2020 menuai pujian ramai yang memuji kecantikannya.
Sumber: Instagram hannahdelisha
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: xtra
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.