“Cantiknya..”- ‘Ini Baru Fesyen!’, 10 Gaya Selebriti Popular KLFW2022 Yg Tarik Perhatian, Sekali No 4 Mngejutkan Ramai

Acara meraikan kegemilangan fesyen tanahair baru saja melabuhkan tirainya ahad lepas, namun kemeriahannya masih lagi diperkatakan sehingga kini. Dalam meraikan industri seni reka fesyen, turut menyaksikan kelebihan setiap pereka fesyen yang tampil dengan keunikan koleksi masing-masing.

Namun, yang pasti apa yang menarik perhatian sudah tentunya penampilan istimewa para selebriti yang hadir meraikan pereka fesyen kegemaran mereka, di samping memberi sokongan kepada koleksi yang dipersembahkan.

Setiap seorang dari mereka tampil dengan gaya dan ‘look’ tersendiri. Tanpa membuang masa, NONA senaraikan antara 10 selebriti yang menonjol di mata kami ketika acara tersebut.

01.IZARA AISHAH

Izara Aishah tampil menyarung busana berona hitam dengan fur coat berwarna merah jambu hasil ciptaan pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini.

02.UMMI NAZEERA

Hadir merayakan malam persembahan fesyen Rizman Ruzaini, Ummi Nazeera turut hadir memeriahkan dengan suntikan boyish look, memakai set penuh blazer berwarna ungu, dengan inner bewarna merah jambu hasil ciptaan Rizman Ruzaini.

03.AZIRA SHAFINAZ

Persis lollypop, Azira Shafinaz hadir memberikan sokongan untuk jenama Innai Red, tampil dengan busana rekaan jenama tersebut yang menyerlahkan penampilan Azira pada malam itu.

04.AINA ABDUL

Bukan Aina Abdul lah jika tidak tampil ekstravagan dan lain dari yang lain. Pada persembahan fesyen jenama Behati, Aina menyarung persalinan berona hitam yang berat dan ‘fluffy’ ciptaan Behati. Walau agak sedikit berlebihan, well its Aina Abdul!

 

05.EYKA FARHANA

Eyka Farhana tampil mewah dan elegan menyarung busana labuci meleret dan berlengan hasil ciptaan Rizman Ruzaini. Warna merah garang menyerlahkan lagi look Eyka pada malam itu.

06.KAVITHA SIDHU

Persis bidadari! Itulah gambaran yang dapat diberikan pada Kavitha yang hadir menyarung busana merah anggun hasil ciptaan Alia Bustamam.

07.KILAFAIRY

Siapa cakap tak boleh nak bergaya sakan walau menyarung hijab! Kilafairy membuktikan ‘you can look like a boss’ menyarung busana tuksedo hasil ciptaan Rizman Ruzaini

08.AMELIA HENDERSON

Anggun dan menawan!! Amelia Handerson tidak terkecuali hadir memberikan sokongan pada Rizman Ruzaini menyarung persalinan 2-piece merah dengan sarung tangan yang sangat elegan.

09.SCHA AL YAHYA

Its not KLFW without Scha of course! Scha tampil sofistikated dan elegan menyarung busana hijau zamrud hasil kreatif Alia Bastamam.

10.MARION COUNTER

Walaupun Marion Counter tidak dapat memenuhi kerusi barisan hadapan KLFW untuk show Rizman Ruzaini akibat kesihatan yang tidak mengizinkan, Marion sempat memuatnaik persalinan yang dipakainya. Busana mewah berona hitam dengan perincian di belah bahu hasil ciptaan Rizman ini memang on-point!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: nona

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *