Zara Zya dan Shuib Sepahtu mengundang pelbagai tekaan buat peminat mereka sehingga ada yang mendoakan agar kedua-duanya berjodoh kerana kelihatan sepadan.
Walau bagaimanapun, nampaknya terbaharu kedua-duanya sekali lagi hangat diperkatakan oleh netizen berikutan posting mereka di ruangan Instagram masing-masing.
Menerusi muat naik Shuib Sepahtu diruangan Instagram peribadinya ini memaparkan video dia meluangkan masa dengan pelakon drama Honey-Moon itu yang dilihat sedang makan bersama. “Nak cakap Ya pon tidak, nak cakap Tak pon tidak, ianya di tengah tengah. Haa macam mana tu, boleh tolong explain tak awak @Zarazya.” Tulis Shuib yang nampaknya mengundang orang ramai berteka-teki lagi tentang hubungannya dengan Zara Zya.
Dalam pada itu, menjengah pula ke Instagram Zara Zya ternyata dia turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan mereka berfoto bersama namun di tempat lain pula.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“InshaAllah jadi… kan awak? @Shuibsepahtu,” ujar Zara Zya diruangan kapsyennya yang membuatkan kedua-duanya menjadi bualan ramai menerusi ruangan komen. Meskipun ada antara peminat suka melihat mereka meluangkan masa bersama namun ada yang mendakwa ia sekadar marketing untuk Zara Zya yang dikatakan mungkin membuka cawangan BubbleBee.
“Sweet, kami doakan…”
“Kami doakan”
“Nak launching something untuk BubbleBee ni…”
“Marketing hebat”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.