“Saya Mengaku..” – Scha Alyahya Akui Kεsalahan Pakai Skirt Pendek, Terima Tεguran Netizen

Sebelum ini, pasangan selebriti terkenal iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah berkongsi hantaran di laman Instagram memaparkan percutian mereka sewaktu di Universal Studio Singapore (USS).

Bagaimanapun, hantaran itu telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila Scha dilihat memakai dress pendek berwarna merah jambu.

Malah, ada juga yang membandingkan dan memerli bahawa dress dipakai oleh anaknya, Lara Alana jauh lebih labuh daripada gaun ibunya sendiri.

Tampil memberi penjelasan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Alyahya memohon maaf kepada netizen yang tersinggung atau berasa kurang senang melihat penampilannya mengenakan skirt pendek ketika bercuti bersama keluarga di Singapura.

Saya tidak mudah dicuit, benda yang saya buat tu saya rasa salah saya akan mengaku.

Menurut Scha, dia berlapang dada menerima teguran itu dan mengakui kesilapan tersebut.

Kalau bagi saya benda tu mengarut saya akan buat tak tahu sebab at the of the day benda itu tak menggangu saya pun.

Tak perlu nak menegakkan benang yang basah atau menidakkan benda yang dah salah, terima seadanya. So, saya terima teguran dan kecaman itu.

Tambahnya lagi, jika seseorang itu telah melakukan kesalahan maka terima sahaja dan tidak perlu untuk mancabar atau membalas apa yang ditegur.

Saya pun dah lama dalam industri jadi saya tahu apa yang patut buat apa yang tidak patut buat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: beautifulnara

SUMBER : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *