Wings, merupakan sebuah kumpulan rock yang tidak asing bagi segenap masyarakat Malaysia. Kumpulan ini mulai terkenal pada era 80an dan masih relevan sehingga kini. Antara lagu paling famous karya kumpulan muzik rock Malaysia ini ialah Di Penjara Janji, Taman Rashidah Utama, Sejati dan banyak lagi.
Penyanyi solo mereka, Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie merupakan seorang penyanyi yang dicemburui ramai kerana mampu menyanyikan lagu “high note” yang tidak mampu ditandingi oleh penyanyi bbnu. Walaupun sudah berusia 53 tahun, namun beliau masih mampu menyanyi lagu “high note” seperti masih muda lagi.
Baru-baru ini tular video yang dikongsikan di aplikasi tiktok oleh Angah Rock, seorang wanita menyanyikan lagu “paling tinggi di Malaysia” iaitu lagu Di penjara janji karya kumpulan Wings. Video tersebut mendapat sebanyak 300 ribu tontonan dan 30 ribu sukaan. Dia yang santai menyanyi bertongkatkan penyapu mampu tapau lagu tersebut seperti penyanyi yang berpengalaman. Suaranya yang serak-serak basah berjaya memikat hati netizen. Min terpukau tengok akak ni nyanyi, boleh bersaing dengan Awie dah. Kalau min yang nyanyi, confirm hilang suara dah esoknya.
Sila lihat klik di bawah:
View this post on Instagram
Lihat juga apa kata netizen, ramai juga yang terpukau yaa
@HafizPanjangg_:Aku pernah bawak lagu ni kat karoeke, last ii kena buasir.
@skyartrunner:percaya atau tak vocal yg trbaik bukan pada high note yg terlalu tggi…ada suara high note sakit tlinga dan ada high note sedap di dgr
@aira anak lan:bapak power doo akk ni
@kura kura laju:5 kali aku ulang mat, aku fokus suara dia. laki ke pompuan? suara dia mantap mat. aku pernah try lagu ni,tapi sakit tekak aku mat
Akhir kalam, komen yang baik-baik sahaja yaa. Semoga seni tanah air Malaysia semakin maju di masa hadapan dan semoga akak rock ni juga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Sumber : Instagram lawak_laah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: sinetronmalaya
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.